Microsoft akan mengeluarkan sistem operasi baru mereka selepas Vista iaitu Windows 7..Microsoft bercadang untuk melancarkannya pada awal 2010, kira-kira 3 tahun selepas Vista… Jika Windows 7 muncul, Adakah Vista akan mengikut jejak langkah Windows-Windows terdahulu seperti dalam artikel sy “Selamat Tinggal Windows XP“.. Tak sampai beberapa tahun Vista dipasaran, dah muncul yang baru…Nama asal bagi Windows 7 ni diambil dari nama kod iaitu “Blackcomb” kemudian pada awal 2006 dinamakan semula dengan “Windows Vienna” dan kemudian ditukar kepada “Windows Seven” atau “Windows 7” dimana Windows ini dijangkakan akan menggantikan Windows Vista. Kenapa Windows 7, kenapa tak Windows 9, Windows 10 ke??… Secara ringkasnya, Windows 7 nie diambil dari versinya yang ke-7, dimana Vista adalah versi yang ke-6..Versi Vista sekarang ialah 6.0.6001, sekiranya anda menggunakan Windows XP SP3, versinya 5.1.2600..Anda boleh check menggunakan Command Prompt, kemudia taipkan VER …klu diikutkan turutan Windows - Windows 7 - Windows 6 – Windows Vista - Windows 5 – Windows XP - Windows 4 –NT 4.0 dan seterusnya anda boleh lihat Video Eric Traut mengenai versi Windows nie.. Seperti nama2 sebelum nie, Windows 7 ni bukanlah nama tetap dan masih dalam perancangan..Ia mungkin akan berubah mengikut kesesuaian. Versi- versi klien Windows 7 ini akan dikeluarkan dalam kedua2 versi 32-bit dan 64-bit. Ia menggunakan MinWin kernel dimana ia hanya menggunakan 25mb ingatan daripada ruang cakera dan menjalankan operasi bekerja menggunakan 40mb ingatan. Ketika ini Microsoft lebih memfokuskan kepada satu ciri bagi Windows 7 iaitu pervasive multi-touch..Dan syarikat ini masih lagi belum membuat keputusan sepenuhnya tentang rekabentuk dan ciri2 yang akan digunakan pada sistem operasi mereka ni…Kumpulan yang bertanggungjawab merekabentuk atau mencipta Gui [ graphical user interface ] bercadang untuk mengambil kira beberapa UI [ User Interface ] baru dalam Windows 7. Salah satu kumpulan yang terlibat dalam pembangunan ini ialah kumpulan yang sama yang merekabentuk Ribbon User Interface dalam Office 2007…Adakah Window 7, macam Office 2007 ..menarik gak… ..Ia juga mungkin menggunakan teknologi “Hypervisor” [ Windows Virtualization ] dimana teknologi yang membenarkan lebih dari satu sistem operasi menjalankan operasi diatas komputer yang sama pada waktu yang sama. Masih awal lagi untuk Mirosoft meceritakan lebih mendalam tentang Windows 7 nie..Apa yang diketahui secara ringkasnya pengganti Vista ni lebih kecil, ringan dan cepat dari Vista… Bill Gates said that would “be lower power, take less memory, be more efficient, and have lots more connections up to the mobile”.
Windows 7 ganti Vista Januari 2010 SAN FRANCISCO:
Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010.
“Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan,” kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie. Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain. Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010. “Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Rosoff kepada AFP. “Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system tersebut kembali. Saya rasa Microsoft sedang memberi keutamaan kepada meningkatkan kualiti program berkenaan dan mengurangkan adua daripada pengguna,” katanya. Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain. “Kami membawa jaringan Web to Windows dan Windows to the Web yang terbaik untuk dalam produk terbaru kami ini,” kata Ozzie. Microsoft juga turut mengumumkan mereka akan melancarkan versi online bagi software ‘Microsoft Office’. Antara program yang boleh dimuat turun secara online adalah Word, Excel, Power Point dan One Note. Program-program berkenaan boleh dimuat turun di Office Live dengan memohon lesen yang sah daripada Microsoft.

No comments:
Post a Comment