Sunday, March 15, 2009

MENGAPA BUAT MAKSIAT DALAM TANDAS?

Encik Faris sedang mengajar Pengajian Malaysia dalam kelas DIT S4 L01, beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing2 tentang tajuk “Mengapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam”

Mira: Pada pendapat saya remaja yg sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yg tidak berkemampuan menyewa hotel.

King: Saya tidak bersetuju, kerana ada dikalangan mereka yg berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Aziah: Mengikut firasat tok guru saya, mereka ni kelam kabut hingga tidak sempat mencari hotel @ tempat yg lebih sesuai & yg paling penting mereka ni cetek tentang pengetahuan agama.

Wan: Saya tidak setuju Encik Faris, bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Aziah: Kenapa pulak? Bukankah mereka yg sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama @ tidak tahu menghayatinya.

Encik Faris: (bertanya kepada Wan ) kenapa kamu tidak setuju dengaan pendapat Aziah tadi?

Wan: Sebenarnya mereka sangat arif tentang agama. Sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas & jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yg mereka lakukan.

Encik Faris: (dalam hati) rosak student aku sorang nie!!!

No comments:

Post a Comment