Sunday, March 15, 2009

KOMIK PERTAMA SUPERMAN DILELONG RM 1 JUTA


NEW YORK - Senaskah buku komik kartun Superman edisi pertama yang jarang ditemui dijual dengan harga AS$317,200 (RM1.1 juta) dalam satu jualan lelong di Internet. Pemilik laman web lelong, ComicConnect.com dan Metropolis Collectibles, Stephen Fishler berkata, komik yang harga asalnya AS$0.35 (RM1.30) senaskhah itu sukar ditemui tetapi ia masih berkeadaan baik. Seorang pengurus ComicConnect.com berkata, seorang pemain dram sebuah kumpulan rock, John Dolmayan memenangi bidaan pada Jumaat lalu. Komik Action Comics No. 1 edisi 1938 itu dengan gambar Superman mengangkat sebuah kereta berjaya meraih harga tertinggi berikutan keadaannya masih baik. Hanya 100 naskah salinan komik tersebut diketahui masih wujud dan jarang dikeluarkan untuk jualan. "Mungkin dalam keadaan ekonomi yang lebih baik, buku itu mempunyai nilai yang lebih tinggi, tetapi ketika ekonomi sekarang. Saya fikir harganya sudah bagus," kata Fishler. - AP

No comments:

Post a Comment