Sunday, March 15, 2009

GOSSIP ARTIS : KECUNDANG LAGI CINTA PELAKON ITU


Dengarnya...: Kecundang lagi cinta pelakon itu


CIK Normah tahu ramai orang yang akan tepuk tangan kalau baca cerita ini. Panas lagi dan baru keluar daripada ketuhar. Pendek kata kalau pelakon jelita ini baca boleh terbakar jadinya. Nampaknya cinta yang kononnya terjalin antara dia dengan bekas suami seorang pelakon sudah berakhir. Ini bukan cerita dongeng ye dan nampaknya Tuhan makbulkan penafiannya selama ini. Walaupun Cik Normah tidak meminati lakonannya, tetapi masih terselit juga simpati dengan nasib dan hala tuju kehidupan pelakon lawa ini. Sumber yang memberitahu cerita ini memang 100 peratus boleh dipercayai. Tiada ragu dan hasrat pelakon itu yang bakal menamatkan zaman solonya pada tahun ini nampaknya tak kesampaian. Melainkan pelakon itu cari bakal suami secara mengejut atau segera. Menurut sumber itu lagi, sebelum menjalinkan hubungan dengan bekas suami pelakon itu, dia pernah dikaitkan dengan seorang kerabat raja. Ketika itu dipukul canang, yang dia bakal menjadi permaisuri hati kerabat yang boleh tahan kacak juga orangnya. Tapi apa yang dimimpikannya hanyalah tinggal mimpi. Dan, nampaknya hal yang sama berulang lagi. Secara jelas, nampak sangat dia yang begitu beriya-iya nak kahwin sedangkan pihak lelaki langsung tak ada niat ke arah itu. Syok sendiri agaknya kot. Cik Normah dengar kebelakangan ini, pelakon itu ada berkira-kira membuat persiapan perkahwinan termasuk menguruskan beberapa urusan di luar negara. Kepada pelakon yang dimaksudkan, cukuplah berdrama dan bawalah insaf. Agaknya apa pula alasannya selepas ini, kalau ditanya soal perkahwinan. Entahlah. Cik Normah akan tunggu saja apa alasannya nanti. Cuma Cik Normah hendak berpesan, merobohkan rumah tangga orang mungkin mudah, tetapi hendak membina rumah tangga tidak semudah petik jari walaupun ada rupa yang cantik. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment