PETUA 1
HILANGKAN KEGATALAN BADAN
Ramai yang tidak tahu bahawa daun belimbing buluh boleh menghilangkan kegatalan pada badan. Ambil 10 atau 15 daun belimbing buluh dan rebus selama 20 minit. Kemudian ambil airnya dan campurkan dengan air sejuk. Kemudian gunakan semasa mandi.
PETUA 2
ATASI SINKI TERSUMBAT
Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.
PETUA 3
CUCUR PISANG CANTIK DAN SEDAP
Untuk mendapatkan cucur pisang yang cantik dan sedap, seeloknya pisang dikisar bersama gula sebelum diadun bersama tepung. Kemudian tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang empat jam sebelum digoreng. Selain itu adunan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
PETUA 4
PETUA MELAMBATKAN DAGING BERBAU
Sekarang peti sejuk menjadi tempat menyimpan makanan segar yang baik untuk memelihara kesegarannya. Apa akan jadi kalau tiba-tiba peti ais rosak dan kita ada banyak daging yang belum dimasak? Pasti akan berbau kan kalau disimpan lama sangat? Ini ada salah satu petua untuk mengelakkan daging menjadi busuk. Orang dulu-dulu mana ada peti ais kan. Kalau mahu melambatkan daging menjadi busuk dan segar tanpa peti ais, bolehlah menaburkan gula ke atas daging tadi. Mahu gaul pun boleh juga. Apabila mahu dimasak, basuhlah daging tadi dan ia akan jadi seperti daging segar. Tapi petua ini untuk menyimpan daging beberapa hari sahaja. Kalau terlalu lama, pasti daging yang disimpan itu akan berbau juga.
PETUA 5
PETUA LEMBUTKAN JAGUNG REBUS
Bagi mendapatkan jagung rebus yang lembut anda tidak perlu mencampurkan garam dalam rebusan jagung. Garam akan menjadikan jagung anda keras. Seeloknya, semasa hendak makan jagung rebus, sapukan mentega dan taburkan lada sulah sedikit. Tentu jagung rebus itu akan lembut dan sedap dimakan.
No comments:
Post a Comment