"KITA selalunya tengok anak-anak 'orang besar' yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Apa salahnya kali ini anak seorang nelayan yang keluar di televisyen dan surat khabar sebagai pelajar terbaik. Saya cabar dia." Begitulah kata-kata Nik Mohd. Kamal Hussin, 41, bapa kepada Nik Nur Madihah, 18, yang berjaya mendapat keputusan 19 A1 dan 1 A2 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan Khamis lalu. Nik Nur Madihah merupakan pelajar Sekolah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan. Seorang lagi pelajar sekolah itu, Siti Fatimah Mukhtar, 20, mendapat 17 A1 dan 1 A2 dalam SPM 2006. Kehadiran krew Jurnal di teratak yang didiami Nik Nur Madihah di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa disambut dengan senyuman manis oleh gadis tinggi lampai itu bersama ibu dan bapanya. "Jemput naik, maaflah rumah kami sempit saja," pelawa ibunya, Mariani Omar, 42, yang sibuk melayan tetamu yang tidak putus-putus datang untuk mengucapkan tahniah. Sungguh tidak disangka, rumah kayu bercat putih beratap zink yang kelihatan begitu usang rupa-rupanya berjaya melahirkan seorang gadis yang tabah dan cekal semangatnya untuk maju dalam hidup.
RUMAH yang didiami Madihah sejak dari kecil ini disewa pada kadar RM90 sebulan.
Di ruang tamu rumahnya yang tidak seluas mana itu, terdapat sebuah peti televisyen dan set sofa kayu yang agak uzur serta sebuah meja yang digunakan oleh Nik Nur Madihah untuk mengulang kaji pelajaran. Rumah yang didiaminya sejak dari kecil itu disewa dengan kadar RM90 sebulan, memiliki dua bilik yang 'diubahsuai' menjadi lima bilik dengan menggunakan almari dan papan lapis sebagai dinding pemisah antara bilik ke bilik. "Saya tinggal bersama ibu bapa dan adik bongsu yang berusia 11 tahun sementara dua lagi adik yang berusia 16 dan 15 tahun tinggal di asrama. "Ruang tamu dan meja inilah tempat saya belajar," ujar Nik Nur Madihah memulakan bicara. Tutur katanya lemah lembut. Raut wajahnya juga sangat tenang.
Tanpa dilengkapi peralatan canggih, komputer dan kemudahan Internet, dia lebih selesa belajar di rumah walaupun sekolahnya menyediakan kemudahan asrama. Katanya, dia memang teringin untuk tinggal di asrama tetapi yurannya mahal iaitu RM200 sebulan.
Bapanya tidak mampu menyediakan wang untuk yuran tersebut kerana hanya bekerja sebagai nelayan. Ibunya pula hanya bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
NIK NUR MADIHAH bukan saja mendapat sokongan, tetapi juga cabaran daripada bapanya, Nik Mohd. Kamal dan ibunya, Mariani. "Pendapatan bulanan keluarga kami hanya sekitar RM500 dan cukup-cukup menampung perbelanjaan dan keperluan hidup,” katanya. Nik Nur Madihah memberitahu, sebagai anak seorang nelayan dia tidak mampu untuk hidup mewah seperti kebanyakan pelajar lain. Wang poket yang dibekalkan oleh bapanya untuk makan tidak sampai RM1 sehari dan adakalanya dia tidak mempunyai wang untuk makan. “Ayah bagi RM5 sehari, tambang bas saja sudah lebih RM4 untuk pergi balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal dari rumah. “Kalau tak ada makanan dan duit saya akan berpuasa,” katanya yang mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis sejak berusia 12 tahun.

PELAJAR Terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar (kanan) banyak merangsang semangat Nik Nur Madihah. Kehidupannya menjadi lebih sukar terutama ketika musim tengkujuh atau apabila bot bapanya mengalami kerosakan dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk dibaiki.“Sumber pendapatan kami hanya bergantung pada ayah. Ketika ayah tidak dapat turun ke laut, kami sekeluarga hanya makan nasi berlaukkan telur dan itu menjadikan saya insaf,” katanya. Nik Nur Madihah reda dengan ketentuan Allah dan kesempitan hidup itu menjadi pembakar semangatnya untuk terus berjaya demi mengubah nasibnya sekeluarga. Berbicara mengenai kejayaannya, Nik Nur Madihah memberitahu, dia mengambil keputusan untuk mendaftarkan 20 subjek yang diambil dalam SPM kerana ingin mencabar dirinya sendiri.
Dia sentiasa optimis dengan diri sendiri serta mahu mengikut jejak langkah mentornya yang juga senior di sekolahnya, Siti Fatimah Mukhtar yang pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM pada 2006.
Dia sentiasa optimis dengan diri sendiri serta mahu mengikut jejak langkah mentornya yang juga senior di sekolahnya, Siti Fatimah Mukhtar yang pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM pada 2006.
“Saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain, cuma saya memberi tumpuan penuh ketika berada di dalam kelas.“Saya belajar ikut mood. Bila rasa nak belajar, saya belajar tetapi masa belajar tersebut perlu berkualiti dan paling penting adalah banyak berusaha dan belajar secara strategik. “Sekiranya timbul masalah, cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal,” ujarnya yang merupakan antara pelajar terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan. Dia juga tidak pernah menghadiri kelas tuisyen berbayar di luar sekolah kerana masalah kewangan dan bersyukur kerana pihak sekolah menyediakan guru-guru untuk lapan mata pelajaran selebihnya yang diambil. Lapan mata pelajaran itu ialah Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera yang hanya mula dipelajarinya ketika berada di tingkatan lima. Nik Nur Madihah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan memilih untuk mendalami ilmu fizik. Dia berhasrat untuk menjadi seorang ahli fizik kerana tidak ramai orang Melayu yang meneroka cabang ilmu tersebut selain ia memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia.
No comments:
Post a Comment