Sunday, March 15, 2009

ORANG YANG PERLU DIJAUHI 2


Orang kedua yang patut Anda jauhi adalah orang yang lebih banyak berkata tentang kehebatan-kehebatan dirinya, kemahirannya dan harta benda yang dimiliki olehnya. Dia selalu bercakap besar dengan nada angkuh tapi tak semua yang dia cakap itu betul. Lebih banyak dia bercakap tentang kelebihan-kelebihan dirinya, lebih banyak kekurangannya terserlah. Kenal pasti 3 petanda kekotoran hati. Sesiapapun tak suka berada hampir dengan orang yang banyak berkata tentang kehebatan dirinya, kerana itu tanda orang tersebut tidak menghormati orang yang bercakap dengannya atau orang-orang yang duduk berhampiran dengannua. Keangkuhan yang dipamerkan olehnya memberi petanda dia tidak harus dihormati, kerana dia tidak menghormati orang lain bahkan suka merendah-rendahkan orang lain. Anda perlu jauhi orang camni kerana motivasi Anda akan hilang. Anda jadi tak bersemangat dalam apa jua yang Anda usahakan. Sampai ke satu tahap, Anda akan hilang keyakinan diri kerana fikiran Anda hanya memfokus pada kelebihan-kelebihan yang Anda dengar dari mulutnya. Kesan lain, ia membuat Anda berfikiran negatif sebab Anda akan rasa sakit hati tiap kali memikirkan orang tersebut. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Nak kekalkan fikiran positif, jarangkan diri bergaul dengan orang yang banyak berkata tentang kehebatan-kehebatan dirinya dengan nada angkuh atau menulis sesuatu dengan nada yang sama.

No comments:

Post a Comment