Thursday, March 19, 2009

BECKHAM KEMBALI KE MADRID?


MADRID - David Beckham akan kembali sertai Real Madrid?
Itu khabar angin terbaru yang kini menjadi perbualan hangat di kalangan peminat bola sepak di Sepanyol.Difahamkan, Real sedia membawa kembali Beckham ke Madrid sekiranya Florentino Perez dipilih sebagai presiden kelab gergasi Sepanyol itu.Perez yang telah membawa Beckham dari Manchester United pada 2003 dengan bayaran 24 juta pound (RM123 juta) menjadi pilihan utama untuk menang dalam pemilihan jawatan presiden pada musim panas nanti.Sumber Real berkata, Perez akan cuba membawa semula Beckham ke Madrid jika dia dilantik sebagai presiden."Adalah sesuatu yang mengarut untuk menafikan perkara ini," jelas sumber berkenaan.Sementara itu, bekas presiden Real, Ramon Calderon mendedahkan, bintang United, Cristiano Ronaldo akan menyertai Real pada musim panas ini selepas mereka gagal membawa masuk pemain tersebut dengan nilai perpindahan 80 juta pound (RM408.7 juta) tahun lalu."Anda harus berterima kasih dengan usaha yang telah saya lakukan sebelum ini. Dia (Ronaldo) akan menyertai pasukan selepas berakhir liga musim ini," jelas Calderon. Beckham dipinjamkan ke kelab Itali, AC Milan sehingga Jun depan sebelum dia kembali menyertai kelab asalnya, Los Angeles (LA) Galaxy. - Agensi

KUALITI LIVERPOOL LEBIH BAIK


LONDON - Bintang veteran Manchester United, Ryan Giggs mengakui Liverpool memiliki kualiti yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Jelas Giggs, kehebatan Liverpool sebenarnya dapat dilihat kepada permainan kolektif yang digerakkan oleh kaptennya, Steven Gerrard.
Empat hari sebelum Liverpool berkunjung ke Old Trafford, skuad kendalian Rafael Benitez itu berjaya menumbangkan Real Madrid 4-0 pada aksi kedua, pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.Pada aksi pertama, Liverpool menang 1-0 di Santiago Bernabeu, sekali gus membuktikan kualiti sebenar yang dimiliki barisan Liverpool."Liverpool adalah pasukan yang kuat dan pada satu ketika, mereka boleh menewaskan mana-mana pasukan.TORRES (kanan) dan Gerrard dianggap nadi kekuatan Liverpool sejak musim lalu.

"Tidak banyak pasukan yang boleh mencatat kemenangan di Santiago Bernabeu," jelas Giggs yang turut kecewa dengan kekalahan 1-4 United kepada Liverpool minggu lalu.Bagi Giggs, gandingan pemain berbakat dalam skuad The Reds itu adalah kunci utama kepada kejayaan mereka menumbangkan Real dan United sebelum ini."Liverpool memiliki pemain kelas dunia dan ia dapat dilihat pada diri Gerrard, Fernando Torres, Xabi Alonso dan juga Jamie Carragher," tambahnya. "Pemain-pemain ini memiliki kemahiran di posisi masing-masing dan mereka mampu menjadi pasukan yang kuat walaupun Gerrard dan Torres tidak beraksi."

BRAD PITT KENA TAMPAR DENGAN JOLIE

BRAD PITT dan Angelina Jolie dirakam ketika tiba pada majlis Anugerah Oscar di Los Angeles bulan lalu.

LOS ANGELES - Selebriti terkenal, Angelina Jolis didakwa menampar kekasihnya, Brad Pitt setelah mereka terbabit dalam satu pertengkaran hangat, lapor sebuah akhbar semalam.Menurut satu sumber, kejadian yang berlaku beberapa hari selepas majlis Anugerah Oscar pada bulan lalu itu berpunca daripada sikap cemburu buta Jolie.Jolie didakwa ternampak Pitt mengusap-usap bahu seorang pengasuh wanita ketika mereka berada di dalam bilik anak kembarnya. Pitt menyatakan dia hanya berniat untuk menenangkan pekerja itu setelah wanita itu jatuh sakit tetapi penjelasannya tidak diterima manakala pengasuh tersebut dipecat serta merta."Jolie menjerit sekuat hati dan menghalau pengasuh itu keluar buat selama-lamanya. Pertengkaran tersebut menyebabkan dua bayi kembar mereka terkejut lalu menangis," kata sumber. Kerana terlalu marah dengan sikap Jolie, Pitt bertindak keluar rumah untuk menunggang motosikal berkuasa besarnya selama sejam. Jurucakap pasangan itu masih belum memberi kenyataan mengenai laporan tersebut.Pasangan yang jatuh cinta ketika rakaman filem Mr & Mrs Smith itu mempunyai enam anak iaitu Maddox, 7, Pax, 5, Zahara, 4, Shiloh, 2, dan kembar Knox serta Vivienne, 8 bulan. - Agensi

UFO HAMPIRI BANGUNAN PARLIMEN BRITIAN


LONDON - Seorang lelaki di Britain merakam imej empat objek bercahaya dipercayai piring terbang sedang berlegar-legar di ruang angkasa bangunan Parlimen negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej tersebut dirakam oleh Derek Burden ketika dia sedang bekerja di tingkat 16 sebuah bangunan di Covent Garden di sini pada pukul 8.30 pagi kelmarin. Dia yang mulanya hanya ingin merakam gambar pemandangan sekeliling terkejut setelah melihat semula gambar itu bersama-sama isterinya, Sarah, beberapa hari kemudian. Kelihatan di ruang angkasa ialah empat objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk piring dan bercahaya. "Gambar ini jelas menunjukkan empat piring terbang semuanya bersaiz sama. Saya menunjukkannya kepada ramai orang di bangunan ini dan mereka semua terkejut. "Saya tidak percayakan UFO tetapi alam semesta ini luas dan gambar ini membuktikannya," tambah Burden. - Agensi

Wednesday, March 18, 2009

DAVID BECKHAM DI TAWAN WANITA


MILAN - Pemain bola sepak terkenal, David Beckham ditawan sekumpulan gadis cantik yang mahu berkenalan dengannya, lapor sebuah akhbar semalam. Beckham yang menghadiri majlis amal anjuran Penyelidikan Barah Anema E Core di Le Officine Del Volo, Milan merupakan tetamu istimewa pada majlis berkenaan. Wanita-wanita seksi tidak putus-putus menuju ke meja Beckham untuk berbual-bual sebaik dia duduk namun mereka tetap dilayan dengan baik.

Program tersebut menampilkan semua pemain kelab bola sepak AC Milan. Seorang wanita terkenal di Itali, Gabriella Dompe berjaya membida sehelai baju milik Beckham dan peluang itu digunakannya untuk memeluk Beckham ketika mereka bertemu di atas pentas.
Beckham berkahwin dengan bekas penyanyi kumpulan Spice Girls, Victoria tetapi isterinya bersama tiga anak lelaki mereka kini menetap di Los Angeles. Kali terakhir Victoria ke Milan ialah pada minggu lalu sebelum terbang ke London pada Khamis. Beckham yang mencipta nama menerusi kelab bola sepak Manchester United kini menyertai kelab LA Galaxy tetapi kini dipinjamkan kepada AC Milan buat sementara waktu. - Agensi

KETAWA BILA DIUGUT BUNUH


JENAKA yang amat melucukan. Itu reaksi Edison Chen mengenai ugutan bunuh yang diterimanya gara-gara kontroversi seks dan foto lucah dengan beberapa aktres terkenal Hong Kong termasuk Gillian Chung yang berlaku pada tahun lepas.Malah, dia menegaskan dia tidak akan menjadi begitu penakut sehingga membatalkan kemunculannya di tempat umum di Singapura pada bulan depan, sebagaimana yang dijadualkan."Saya tidak batalkan kemunculan saya di Singapura nanti," tegas Edison.EDISON dikawal ketat ketika menghadiri satu majlis di Singapura 27 Februari lalu.Bekas aktor terkenal Hong Kong yang mengumumkan persaraan selepas kontroversi tersebut itu baru-baru ini dilaporkan telah menerima dua sampul surat yang masing-masing dihantar ke ibu pejabat Hong Kong i-Cable TV dan ibu pejabat akhbar Apple Daily iaitu Next Media.Kedua-dua sampul surat itu mengandungi nota ugutan untuk membunuh Edison yang disertakan dengan sebutir peluru. Nota ugutan itu memberi amaran kepada Edison, 28, supaya membatalkan kemunculannya pada majlis rasmi di Singapura pada 4 April ini.Tambah nota tersebut, Edison telah diberi peluang terakhir untuk muncul di tempat awam, apabila dia hadir di Singapura pada bulan lepas.Jika dia tidak menghiraukan amaran terakhir itu, keselamatan dirinya dan individu-individu yang disayanginya bakal berada dalam keadaan bahaya.

TUKAR CAKAP JADI PERBUATAN


KETIKA pemimpin Kumpulan 20 (G-20) bersiap sedia untuk pertemuan di London awal bulan depan, mereka sebenarnya berdepan dengan cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ekonomi global diramal mengecut tahun ini untuk kali pertama sejak Perang Dunia Kedua. Bank Dunia meramalkan dagangan dunia merekodkan penurunan terburuk dalam tempoh 80 tahun dengan kesan paling ketara di Asia Timur.
Negara saya, Malaysia, adalah sebuah daripada negara yang ekonominya berasaskan dagangan. Nisbah dagangan luar kami berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi 200 peratus, tertinggi berbanding ekonomi lain kecuali Hong Kong dan Singapura. Kami makmur kerana berjaya mengenal pasti kuasa dagangan dan nilai pasaran. Namun semua ini memerlukan langkah pragmatik dan bukannya sekadar ideologi sahaja. Dan ia menjadi lengkap dengan wujudnya kesedaran bahawa kerajaan juga mempunyai peranan kritikal untuk menjayakannya.

Krisis ekonomi global membuktikan bahawa kebergantungan terhadap tingkah laku pasaran sahaja tidak mencukupi untuk mempromosikan kestabilan dan pembangunan ekonomi jangka panjang. Kita mempunyai pilihan apabila dilanda krisis ekonomi. Kita boleh memilih untuk berdiri sendiri atau menggunakan duit awam bagi menggantikan modal swasta yang hilang, atau melabur dalam modal insan. Bagi jangka pendek, tindakan ini menyediakan pekerjaan dan peluang lain. Dalam jangka panjang pula, ia menyediakan asas-asas untuk pemulihan. Pakej rangsangan bukannya untuk mewujudkan polisi-polisi popular atau mengagihkan tunai. Dan ia juga tidak seharusnya menumpukan kepada satu kumpulan atau kawasan tetapi memberi faedah kepada seluruh negara. Ia mengenai usaha mencapai impak maksimum. Dengan krisis ekonomi global yang masih belum terurai, kami memfokuskan kepada usaha menyemarakkan pelaburan dan aliran kredit selain menyediakan jaminan kerajaan dan pengembangan infrastruktur.

Pelaburan asing di Malaysia diramal jatuh sebanyak 50 peratus kepada RM26 bilion (AS$7.22 bilion) pada tahun ini. Ini bermakna, kami mesti sama ada memberi respons secara domestik, atau membenarkan negara kami kehilangan tahun-tahun berharga ini di saat kami sepatutnya bekerja keras untuk membina sebuah masyarakat yang lebih baik. Maka itulah pada 4 November lalu, saya mengumumkan pakej rangsangan pertama sebanyak RM7 bilion. Dan ia juga menjawab kenapa pada 10 Mac lalu, saya mengumumkan pakej rangsangan kedua sebanyak RM60 bilion. Mengambil kira sembilan peratus KDNK Malaysia, RM60 bilion itu sendiri merupakan pakej rangsangan terbesar dalam sejarah negara kami. Sesetengah pihak berkata, jumlah itu terlalu tinggi. Namun dengan kadar hutang luar kami yang rendah, simpanan antarabangsa yang besar dan kecairan sektor perbankan yang besar, kami mempunyai keupayaan untuk membiayainya. Mengambil kira magnitud krisis ekonomi global semasa, saya berasa sangat yakin risiko bukanlah sesuatu yang kami perlu hadapi tetapi ialah peluang yang kami tidak manfaatkan sepenuhnya.

Kami tahu akhirnya krisis ini akan pulih dan paras dagangan normal akan diteruskan. Apabila itu berlaku, kami mahu Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk mengambil peluang ke atas proses pemulihan itu. Dan kerana itulah kami memutuskan untuk mengimbangi keperluan jangka pendek dengan berusaha membangun untuk masa depan. Suku daripada dana Bajet Mini tersebut merupakan peruntukan untuk memenuhi keperluan segera rakyat sementara baki 75 peratus ialah untuk jangka sederhana dan panjang bagi matlamat pembangunan. Adalah penting kepada negara-negara untuk terus bersifat kompetitif. Cukai korporat Malaysia sebanyak 25 peratus setanding dengan negara lain di rantau ini. Bagaimanapun mengambil kira pelbagai insentif yang ditawarkan kepada pelabur, kadar cukai efektif negara ini ialah antara 3 hingga 7 peratus. Keberkesanan pelaksanaan adalah penting dalam setiap kejayaan pakej rangsangan di mana-mana negara. Kami telah pun menubuhkan jawatankuasa teknikal untuk memantau pelaksanaan tersebut. Ia akan memantau dan mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Saya kemudiannya akan melaporkan semua perkembangan itu kepada pihak yang menjadi penerima manfaat utama daripada pakej tersebut iaitu rakyat Malaysia. Merekalah hakim sebenar untuk menilai kejayaan Bajet Mini tersebut.

Di Malaysia, kami mempelajari asas fundamental daripada krisis kewangan 1997. Hasilnya kami memperoleh kesepakatan dan kerjasama sektor kewangan dan perbadanan. Kami bernasib baik hari ini kerana mempunyai infrastruktur yang baik, kemahiran teknologi, kepelbagaian ekonomi dan sumber tenaga berkualiti. Secara keseluruhan, kami berada pada kedudukan lebih baik untuk menghadapi iklim baru ekonomi pasca 1997. Kini kami memerlukan transformasi ekonomi untuk jangka panjang. Kami akan menggunakan situasi semasa ini untuk menempa model ekonomi baru yang meletakkan pengetahuan sebagai elemen utama. Kami akan melabur dalam teknologi dan pendidikan, memperkukuhkan keupayaan Malaysia untuk menerajui teknologi maklumat, memperbaharui tenaga dan pelbagai sektor ekonomi baru.

Matlamat kami adalah untuk memanfaatkan bakat, tenaga dan semangat rakyat. Kami akan membantu dengan keupayaan yang kami ada untuk menyediakan kemakmuran berpanjangan dengan berusaha menyebarkan toleransi dan hormat di antara gender, budaya, kaum, agama dan bangsa. Kami akan memperjuangkan permuafakatan kerana ia bukan hanya sekadar asas untuk kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi tetapi kerana kami percaya ia merupakan elemen terpenting.
Dalam situasi mencabar dengan jutaan penduduk bergantung kepada pembangunan dan kemajuan, Malaysia terus bergerak ke depan. Kami akan membina Malaysia sekali lagi. Apabila pemimpin G-20 bertemu bulan depan, saya berharap semua negara juga akan mengambil posisi yang sama. Inilah masanya untuk menukar percakapan kepada perbuatan. Pemulihan ekonomi dunia akan bergantung kepada usaha-usaha bersepadu daripada semua negara dan kami di Malaysia juga akan memainkan peranan kami.

RENCANA ini adalah terjemahan artikel di dalam Wall Street Journal.

Tuesday, March 17, 2009

PENERBIT FILEM PROMO TAWAR BELI DARA MAHASISWI


MELBOURNE - Seorang penerbit filem lucah di Australia menggesa para pelajar wanita di universiti melelong dara di Internet serta merakam aksi seks mereka, lapor sebuah akhbar semalam.Justin Sisely menawarkan wang tunai berjumlah £9,380 (RM48,500) kepada sukarelawan wanita yang masih dara atau lelaki teruna yang sanggup berlakon dalam siri dokumentarinya. Katanya, pasangan bertuah akan menerima 90 peratus daripada hasil lelongan yang akan diperoleh menerusi aktiviti tersebut.Dalam satu poster bertajuk 'Dara dikehendaki' yang ditampal di Universiti Monash, Sisely mendakwa dia adalah seorang penerbit filem yang ingin meneroka idea baru.Sisely mengakui filem itu akan mempunyai babak kontroversi kerana sukarelawan perlu menjalani ujian dara.Dakwanya, sehingga kini lebih 100 sukarelawan bersedia menjalani sesi uji bakat .Dalam perkembangan lain, jurucakap universiti, Tim Mitchell berkata, pihaknya sudah menghubungi Sisely kerana poster tersebut dianggap keterlaluan. - Agensi

SALAH GUNA INTERNET SEMAKIN MENJADI-JADI


INTERNET kini telah menjadi sebahagian daripada kemudahan yang penting dalam kehidupan kita, berbeza dari zaman sebelum wujudnya Internet. Internet atau alam siber telah memudahkan kehidupan kita dengan membolehkan komunikasi dan transaksi dilaksanakan secara online.Antara kemudahan yang diperoleh daripada kemudahan Internet antaranya ialah kita tidak lagi perlu beratur untuk membuat transaksi bank atau membayar bil. Maka kita dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan boleh menjimatkan tenaga dan masa. Dengan adanya Internet, kita juga boleh membaca ruangan ini secara maya dengan hanya melayari Utusan Online.

Bagaimanapun, faktor kemanusiaan amat penting dalam menentukan sama ada teknologi dapat dimanfaatkan dengan baik ataupun disalahgunakan.Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kes gambar peribadi seorang ahli politik yang disebarkan di Internet tanpa pengetahuan apatah lagi kebenarannya. Ini adalah satu contoh pencerobohan hak peribadi individu. Malangnya, isu sebegini masih belum ada proses penyelesaian berkesan terutamanya jika melibatkan penerbitan di luar negara. Kebanyakan kes seperti ini masih tertunda dan tidak terbela. Selain daripada pencerobohan hak peribadi, antara jenis-jenis penyalahgunaan Internet ialah seperti hasutan melalui blog, penipuan Internet seperti skim cepat kaya dan lain-lain lagi.


Secara peribadi, saya merasakan mungkin perlu ada satu sistem perundangan dan kehakiman siber yang bersifat lebih universal bagi menangani isu-isu jenayah siber.Selain itu juga, kita boleh mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber dengan mengambil langkah-langkah pencegahan, ini kerana saya merasakan mencegah adalah lebih baik daripada merawat.Saya ingin menasihatkan para pembaca supaya lebih bijak dalam menggunakan kemudahan yang ada, serta tidak mengambil peluang menyalahgunakan semua kemudahan tersebut seperti mengambil gambar-gambar yang terlalu peribadi kerana ia mungkin boleh disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia

POLIS SWEDEN GEMAR BOGEL


SWEDEN - Gara-gara bergambar bogel dalam sebuah parti, sembilan anggota polis Sweden digantung kerja sementara menunggu siasatan dibuat ke atas dakwaan tersebut dibuat.Terdapat dakwaan kumpulan anggota polis berkenaan memang gemar berkelakuan tidak senonoh itu.Akhbar Goteborgs-Posten melaporkan, kumpulan anggota polis tersebut juga kerap berbogel ketika bersenam di gimnasium di balai polis, malah salah seorang daripadanya digunakan oleh seorang pegawai polis wanita sebagai model bagi kelas pastri mereka.Aktiviti tersebut dilakukan ketika kumpulan anggota polis berkenaan tidak berkerja“Bagaimanapun laporan ini masih belum disahkan,” kata jurucakap polis, Erik Nord.Perbuatan kesemua sembilan anggota polis tersebut terbongkar apabila terdapat laporan menyatakan mereka bergambar bogel bersama senjata api masing-masing dalam parti meraikan tamat latihan unit taktikal khas baru-baru ini.Mereka mungkin dikenakan amaran akibat perbuatan tersebut, bergantung kepada hasil siasatan. - Agensi

GURU DIBERI KUASA RAMPAS TELEFON BIMBIT


PUTRAJAYA 17 Mac - Kementerian Pelajaran hari ini memberi kuasa penuh kepada pihak sekolah khasnya guru disiplin untuk merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, semua sekolah telah dimaklumkan supaya tegas dalam melaksanakan arahan itu kerana sebelum ini terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan tersebut.''Peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah telah lama diwujudkan tetapi ada sekolah yang masih serba salah untuk merampas telefon bimbit pelajar.''Tetapi mulai esok, peraturan ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya di mana pihak sekolah perlu merampas semua telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini hari ini.Ka Siong berkata, semua telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan mereka akan dimaklumkan supaya jangan membenarkan anak mereka mengulangi kesalahan yang sama.''Sebelum ini kita mengesan terdapat pelajar yang sering kali mengulangi kesalahan membawa telefon bimbit ke sekolah kerana ibu bapa mereka sanggup menuntut telefon itu di sekolah.''Walaupun telefon bimbit dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah manakala pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah sekiranya berlaku hal kecemasan," katanya.Beliau berkata, larangan telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering kali dikaitkan dengan masalah disiplin pelajar serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.''Melalui telefon bimbit juga, pelajar telah menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya.

PUTERI SYABU


KUALA LUMPUR: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini, tetapi popularitinya bagaikan artis terkenal tanah air.Ini berikutan anak gadis ini cukup dikenali di pasaran gelap dadah tempatan terutama di kalangan pelajar sekolah yang mahu mendapatkan bekalan syabu jenis ‘ice’.Digelar ‘Ice Ice Baby’ di kalangan pelanggannya, Amy, 17, turut menjual pelbagai jenis dadah lain termasuk ganja dan heroin selepas gagal mencari kerja sambilan ketika cuti sekolah tahun lalu.“Saya cari kerja, tapi gagal sehinggalah bertemu seorang rakan sekolah yang memujuk menjadi ‘tokan’ (pengedar dadah kecil-kecilan) untuk mendapatkan wang mudah.“Dengan pendapatan lumayan dan jadual kerja bebas saya tertarik dengan tawarannya.“Saya meneruskan tugas itu apabila sesi persekolahan dibuka semula,” katanya ketika ditemui di Pondok Penyayang Raudah, Batu 11, Gombak, baru-baru ini.Puteri Syabu ini tidak perlu bersusah payah mencari pelanggan, sebaliknya menggunakan sekolah sebagai ‘port’ mencari pelanggan.“Ice’ memang terkenal di kalangan pelajar sekolah menengah dan mendapat permintaan tinggi kerana ia mudah dibawa ke mana-mana tanpa disedari.“Pernah satu ketika beg sekolah saya berisi pelbagai jenis dadah, bukannya buku teks atau buku rujukan sekolah,” katanya.Hasil kegiatan itu, Amy mampu meraih keuntungan sehingga RM500 sehari dan wang itu digunakan untuk bersuka ria termasuk turut membeli dadah dan minuman keras.Selain menjual di sekolah, Amy turut menjual dadah di sekitar taman perumahannya di Hulu Selangor.“Akibat asyik dengan kegiatan haram itu, dua rakan saya ditangkap polis. Sejak itu, kehidupan saya diselubungi ketakutan dan tertekan menyebabkan saya terpaksa berhenti sekolah buat sementara.“Takut menjadi buruan polis, saya melarikan diri dan akhirnya ke sini (Pondok Penyayang Raudah) dan sampai kini hidup saya masih tidak tenang dan hidup umpama haiwan buruan,” kata remaja yang sudah insaf dengan perbuatan itu.Amy adalah antara remaja liar yang ditempatkan di pusat ditubuhkan Pertubuhan Penyayang Raudah bagi memulihkan anak yatim, pelajar dan remaja bermasalah.Selain Amy, pondok itu turut menempatkan beberapa remaja perempuan bermasalah lain terutama lari dari rumah dan terlanjur.Pengasasnya, Mokhtaruddin Said, berkata kebanyakan penghuni adalah remaja yang terbabit dengan pelbagai masalah sosial termasuk menghidu gam, seks bebas dan ketagih arak.“Kami pulihkan mereka dengan dakwah, iaitu mengajak dan menunjuk ajar remaja terbabit kembali ke pangkal jalan berlandaskan syariat Islam,” katanya.Remaja terbabit dipulihkan dalam tempoh tertentu sehingga betul-betul pulih serta berjanji tidak mengulangi lagi perkara mungkar dan menyesatkan. Seorang lagi penghuni pondok itu, Shima, 16, berkata dia dimasukkan ke situ kerana lari dari rumah selepas putus cinta dengan teman lelakinya.“Saya hilang arah kerana sedih akibat putus cinta...selama seminggu saya tidur di merata-rata tempat termasuk di rumah abang angkat.“Sepanjang tempoh itu, saya tak hiraukan langsung keluarga,” katanya.Seperti gadis liar lain, Shima tidak menafikan dia pernah bergelumang dengan pelbagai dosa termasuk berzina sepanjang seminggu melarikan diri.“Akhirnya saya ditemui keluarga lalu dibawa pulang ke rumah. Seminggu selepas itu, saya dihantar ke sini,” kata gadis yang mengaku hilang dara sejak berusia 12 tahun.Penghuni lain, Yus, 21, Zu, 23, Sal, 22, dan Lia, 23 pula ditempatkan di pondok pemulihan akhlak berkenaan akibat terlanjur dengan teman lelaki masing-masing.Kebanyakan mereka mengandung tujuh hingga lapan bulan dan ditempatkan di rumah terbabit menunggu saat melahirkan.Ada antara mereka mengakui mahu menyerahkan anak masing-masing kepada keluarga angkat dan ada yang merancang melangsungkan perkahwinan sebaik melahirkan bayi.

HAMILTON SEDIA PERTAHAN MAHKOTA F1


PARIS: Lewis Hamilton sudah melakar beza ketara dalam 24 tahun usianya, membesar di kawasan perumahan sederhana kepada memiliki rumah agam di Switzerland, teman wanita yang juga penyanyi terkenal selain pingat kebesaran daripada Ratu England. Dia adalah juara termuda dalam sejarah Formula Satu (F1), pemenang kulit hitam pertama dan jutawan yang mengundang pelbagai pendapat daripada seluruh pencinta sukan itu. Kini, Hamilton bersiap untuk mungkin pertarungan paling sukar ketika dia cuba mempertahankan gelaran yang dimenangi dengan hanya satu mata pada perlumbaan terakhir diganggu hujan lebat di Brazil. "Anda tidak boleh hidup dengan pencapaian lalu. Saya tidak katakan 'Saya adalah juara dunia, saya katakan 'Saya mahu jadi juara dunia'," kata Hamilton. Kemunculan sulungnya pada F1 di Australia pada 2007 menyaksikannya menduduki tempat ketiga, diikuti seterusnya dengan pencapaian naib johan di Malaysia, Bahrain, Sepanyol dan Monaco. Dia menang perlumbaan grand prix pertama di Montreal selepas pemanduan cemerlang dan mengulanginya seminggu kemudian di litar Indianapolis. Faktor kekurangan pengalaman bagaimanapun menyaksikan Hamilton mensesiakan kelebihan 13 mata untuk hilang gelaran dunia 2007 akibat kekurangan satu mata kepada Kimi Raikkonen. - AFP

MAKAN CEBISAN KACANG BOLEH ELAK ALAHAN


WASHINGTON: Sesetengah kanak-kanak mungkin terlepas daripada alahan kacang jika mereka makan cebisan kecil kacang setiap hari selama beberapa minggu, lapor doktor Amerika Syarikat, kelmarin. Walaupun rawatan itu terlalu bahaya untuk dicuba ke atas kanak-kanak yang paling teruk alahan kacang sehingga mengancam nyawa, penemuan itu menawarkan harapan kepada sesetengah orang dengan alahan itu, kadang kala tidak menyenangkan dan paling teruk mengundang maut. Pasukan Pusat Perubatan Universiti Duke di Carolina Utara dan Hospital Kanak-kanak Arkansas memberi sekumpulan kanak-kanak cebisan kecil kacang setiap hari dan memerhati simptom dan darah untuk mengesan sebarang tanda tindak balas alahan. Sembilan daripada 33 kanak-kanak dalam kajian itu berupaya menerima rawatan lebih dua tahun, kata penyelidik. "Pada permulaan kajian, peserta tidak dapat menerima satu perenam bahagian kacang," kata Dr Wesley Burks dari Duke. - Reuters

PEROMPAK BAWAH KATIL


MUAR: Dua penjenayah yang panik dengan kehadiran polis bertindak bersembunyi di bawah katil dalam bilik sebuah rumah yang dipecah masuk mereka di Taman Sungai Abong Indah, dekat sini awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, dua lelaki berusia awal 20-an terbabit bersama seorang rakan memecah masuk rumah peniaga pasar, Teo Seong Hwa, 37, manakala seorang lagi rakan mereka bermotosikal menunggu di luar rumah. Bagaimanapun, kegiatan jenayah mereka disedari jiran mangsa yang kebetulan bangun daripada tidur untuk membancuh susu anaknya sebelum menghubungi polis yang tiba tidak lama kemudian. Dua perompak berusia awal 20-an itu dipercayai tidak sempat melarikan lari lalu bersembunyi di bawah katil, tetapi dua lagi rakan mereka berjaya memboloskan diri selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis. Kejadian itu hanya disedari pemilik rumah berkenaan yang sedang tidur apabila dikejutkan polis yang mahu melakukan pemeriksaan di rumah terbabit. Teo berkata, beliau bersendirian ketika kejadian itu kerana ibu bapanya bercuti di Genting Highlands dan tidak menyedari rumahnya dipecah masuk. “Hanya selepas polis tiba, baru saya terjaga daripada tidur sebelum polis menemui dua lelaki bersembunyi di bawah katil dalam sebuah bilik di tingkat bawah dan menahan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Katanya, beberapa bilik di rumah dua tingkat itu digeledah perompak manakala wang tunai RM800 dan barang kemas bernilai kira-kira RM2,000 miliknya juga didapati hilang. Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Lee Choon Guan, berkata polis masih menjalankan siasatan kes itu dan sedang memburu saki baki kumpulan penjenayah berkenaan.

Monday, March 16, 2009

MEMBENDUNG GENERASI MAKANAN RINGAN


Membendung generasi makanan ringan
Oleh Melati Mohd Ariff


Kanak-kanak menjadi menjadi semakin terpengaruh dengan pelbagai jenis snek atau makanan ringan yang dijual penjaja di luar bangunan sekolah. APA yang anak anda makan hari ini? Kalau di rumah, anda mungkin dapat mengawal makanan mereka.Di sekolah, mereka mungkin makan makanan yang anda bekalkan atau membeli makanan yang dijual di kantin.Apabila loceng berbunyi di akhir sesi sekolah, lain pula ceritanya. Anak-anak anda mungkin mengisi perut mereka dengan snek atau makanan ringan apalagi bila masih ada banyak duit belanja di saku.Antara sedar atau tidak, dari hari ke hari, anak-anak sebenarnya menjadi semakin terpengaruh dengan pelbagai jenis snek atau makanan ringan yang dijual penjaja di luar bangunan sekolah. Rata-rata makanan ringan ini tidak mengandungi khasiat malah mungkin akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang!


Bagi menyedapkan rasa, kebanyakan makanan snek ini mengandungi monosodium glutamate (MSG). Malah ada juga snek yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula. Ada juga snek yang disertakan dengan barang permainan yang dijadikan sebagai umpan pembelian.Snek atau makanan ringan semakin menjadi isu besar khususnya dalam kalangan generasi muda yang juga boleh menjurus kepada pelbagai isu kesihatan jika dibiarkan berleluasa.Menurut Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N. Marimuthu, menyedari seriusnya isu makanan ringan dalam kalangan generasi muda global pada hari ini, Hari Hak Pengguna Sedunia 2009 yang disambut pada Ahad lalu sekali lagi menyokong kempen Consumers International (CI) untuk memerangi isu makanan ringan.Kempen yang dijalankan CI ini bertajuk Generasi Makanan Ringan: Kempen Menghentikan Pemasaran Makanan Tidak Sihat kepada Kanak-Kanak.CI yang ditubuhkan pada 1960 adalah gabungan persatuan-persatuan pengguna sedunia. Ia kini mempunyai 220 anggota di 15 buah negara.

Isu obesiti
Kegemukan atau obesiti sering dikaitkan dengan tabiat pengambilan makanan seseorang individu.Kanak-kanak yang obes mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk membesar sebagai orang dewasa yang obes serta dijangkiti pelbagai penyakit kronik.Menurut Marimuthu kepada Bernama, peningkatan dalam pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam serta kekurangan aktiviti fizikal juga boleh menjadi punca berlaku penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser.Penyakit-penyakit itu, katanya, boleh menyebabkan kematian, perubahan taraf hidup dan peningkatan kos penjagaan kesihatan.Beliau berkata, sekurang-kurangnya 22 juta kanak-kanak di seluruh dunia berusia lima tahun didapati mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan kegemukan.

Tindakan segera, tegasnya, perlu dilakukan bagi mencegah merebaknya epidemik obesiti kanak-kanak.Menurut Marimuthu, Kementerian Kesihatan menjalankan kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional (HMNS) setiap 10 tahun dan terdapat hasil kajian yang mengejutkan dalam kajian terkini, NHMS III (2006)."Bagi golongan dewasa berumur 30 tahun ke atas, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami berat badan yang berlebihan mencecah 29.1 peratus dan bagi obesiti pula 14.0 peratus berbanding kadar pada NHMS II (masing-masing 16.6 peratus dan 4.0 peratus)."Untuk penyakit kronik pula, kadar pesakit diabetes meningkat sebanyak 6.6 peratus kepada 14.9 peratus dan bagi hipertensi, peningkatan yang mengejutkan dicatat iaitu 12.7 peratus kepada 42.6 peratus dalam kalangan orang dewasa Malaysia," katanya.Sejak awal 2007, Kementerian Kesihatan, menurut Marimuthu, membelanjakan sebanyak RM180 juta atau 20 peratus daripada bajet tahunan RM900 juta bagi kos ubat untuk penyakit kronik iaitu hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi."Jumlah pesakit pula dijangka meningkat sebanyak 13 peratus pada 2020," kata Presiden Fomca itu.

Pemasaran makanan
Tarikan untuk membeli apa jua produk bergantung sebahagian besarnya kepada kaedah pemasaran yang digunakan oleh industri makanan khususnya untuk memancing perhatian pembeli muda.Antara taktik pemasaran umum yang sering disasarkan kepada kanak-kanak dan remaja ialah iklan televisyen, penajaan program, tarikan alat permainan, promosi atas pembungkusan dan penajaan watak kartun atau selebriti.Di samping itu, industri makanan juga mengadakan peraduan, memberikan barangan percuma, penajaan aktiviti sekolah serta mengadakan promosi jualan secara besar-besaran menerusi penyebaran risalah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006 dalam laporannya bertajuk Pemasaran Makanan dan Minuman Bukan Alkohol di Kalangan Kanak-Kanak, menekankan bahawa ada bukti menunjukkan bahawa pemasaran makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam memberi kesan langsung dengan kehendak kanak-kanak untuk memakan makanan itu yang kemudian menyebabkan masalah obesiti.
Kajian itu juga menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih cenderung untuk memilih makanan yang berjenama berbanding makanan tidak berjenama walaupun ia makanan yang sama.
Marimuthu menarik perhatian bahawa Pasukan Petugas Obesiti Antarabangsa (IOTF) dalam menyusun strategi sejagat mencegah obesiti kanak-kanak 2006 membuat rumusan berikut:
"Amalan pemakanan kanak-kanak di seluruh dunia termasuk di negeri China dikuasai oleh makanan dan minuman yang tidak sesuai bagi mereka.
"Industri sering menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran untuk produk yang dikeluarkan bagi memupuk kesetiaan kepada jenama pelbagai produk, seperti alat permainan sehingga kepada makanan dan minuman.
"Kegiatan memperdagang produk kepada kanak-kanak telah mewujudkan persepsi, pemahaman dan pengetahuan kabur kanak-kanak tentang amalan pemakanan yang sihat. Ini boleh memberikan kesan negatif yang ketara terhadap pembesaran kanak-kanak."

KONGSI KERETA : ANTARA IMPIAN DAN REALITI


Kongsi kereta: Antara impian dan realiti
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

KENA berkongsi kereta! Oh, sungguh melecehkan! Tidak bebas dan tiada privasi. Kena tunggu seorang demi seorang, bukan semuanya boleh tepati masa. Buang masa dan jika ada urusan sendiri, terpaksa dibatalkan kerana telah terikat dengan komitmen ini. Itulah sebahagian daripada alasan yang diberikan oleh para pengguna jalan raya apabila kempen kongsi kereta mahu diperkenalkan sedikit masa lalu sebagai cara mengatasi kesesakan lalu lintas yang semakin ‘parah’ di bandar raya Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat juga rungutan-rungutan lain seperti tidak selesa, rasa curiga, takut timbul salah faham dan fitnah bagi yang berkongsi lain jantina, bimbang tentang keselamatan dan sebagainya. Sebenarnya, kempen berkongsi kereta ini bukan perkara baru. Idea ini telah muncul buat pertama kali pada awal tahun 1970-an semasa pasukan pakar pengangkutan awam dari Bank Dunia mengkaji kesesakan trafik di Kuala Lumpur.

Malah, pada tahun 1980-an semasa Datuk Shahrir Abd. Samad menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, kempen berkongsi kereta ini muncul lagi. Begitu juga semasa Datuk Seri Ling Leong Sik menjadi Menteri Pengangkutan. Bagaimanapun, kempen akhirnya tinggal kempen dan hanyut mengikut waktu dengan alasan penduduk Kuala Lumpur belum benar-benar bersedia. Memang ada yang menyambut baik idea tersebut, namun jumlah yang mengamalkan kongsi kereta ke tempat kerja boleh dikira dengan jari. Ada juga pihak swasta atau individu yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran. Mereka menggunakan konsep pendaftaran maklumat diri, pekerjaan, pejabat dan lokasi dan padankan dengan perkhidmatan yang disediakan. Apa yang ketara, saban tahun kenderaan memasuki pusat bandar semakin bertambah dan masalah kesesakan lalu lintas tiada kesudahannya.
Pakar Pengangkutan Awam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor berkata, kegagalan kempen berkongsi kereta kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Sepatutnya kata beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus memulakan kempen ini bagi menggalakkan orang ramai berkongsi kereta.

‘‘Memang kongsi kereta bukanlah mudah, tetapi saya percaya ia boleh dijayakan jika terdapat portal kongsi kereta (PKK) secara percuma. Portal ini harus dikendalikan oleh DBKL bagi penghuni di Lembah Klang mendaftar dan mendapatkan perkhidmatan kongsi kereta yang berpadanan. ‘‘Dalam portal itu nanti, pengguna kereta perlu mendaftarkan nama, alamat rumah, alamat pejabat, laluan, nombor telefon dan sebagainya bagi dipadankan dengan pasangan kereta lain yang sama kepentingan, tujuan, laluan dan destinasi,’’ katanya ketika ditemui di Bangi, Selangor, baru-baru ini. Kata Dr. Abd. Rahim, buat masa ini tidak ada mekanisme yang mudah yang boleh digunakan oleh pengguna kenderaan untuk mendapatkan rakan berkongsi kereta. Atas sebab itu juga orang ramai lebih suka memandu sendirian walaupun beribu-ribu kenderaan melalui laluan dan menuju destinasi yang sama setiap hari. Terdapat beberapa masalah lain yang perlu dicari jalan penyelesaian terlebih dahulu sebelum dapat menjayakan kempen berkongsi kereta.

Antaranya, masalah waktu kerja yang tidak sama seperti yang berkerja malam atau mengikut syif seperti jururawat, perhotelan, restoran dan sebagainyam yang susah untuk mendapat rakan kongsi kereta. Selain itu, masalah keselamatan terutama bagi pengguna kenderaan perempuan, di mana wujud perasaan tidak percaya kepada rakan kongsi kereta mereka terutama yang berlawanan jantina.
Bagaimanapun, kata Abd. Rahim, sesuatu perlu dimulakan dari sekarang kerana jika tidak masalah kesesakan tidak mungkin dapat diatasi. ‘‘Justeru pada pendapat saya, sekiranya DBKL boleh menjayakan PKK dan berkerjasama dengan syarikat telekomunikasi iaitu dengan menggunakan perkhidmatan telefon bimbit, impian ini pasti dapat dilaksanakan. ‘‘PKK hanya untuk tujuan pendaftaran, tetapi telefon bimbit bagi mendapatkan padanan pasangan berkongsi kereta menggunakan kod laluan seperti kod 1- laluan dari Bangi ke Jalan Duta, kod 2- laluan Shah Alam ke Cheras dan sebagainya,” katanya. ‘‘Maka individu yang mempunyai padanan dengan kawasan kod itu boleh memberi maklum balas bagi mendapatkan rakan kongsi kereta. Ini merupakan konsep yang berjaya dan telah dijalankan di Helsinki, Finland dan Frankfurt, Jerman.
“Terdapat dua konsep dalam berkongsi kereta iaitu sama ada dengan bertukar-tukar kereta, sebagai contoh minggu ini kereta kita dan minggu depan kereta dia tanpa perlu bayaran atau menggunakan satu kereta saja dan yang menumpang dikenakan bayaran,” kata Abd. Rahim lagi.
Melaksanakan program kongsi kereta

‘‘Untuk melaksanakannya, ia juga mesti ada program pelengkap iaitu tol dalam bandar yang menjadi alat menyekat kereta persendirian memasuki pusat bandar.
“ Singapura telah memulakannya pada awal tahun 70-an dengan program Area Licensing Scheme di mana kereta persendirian yang dalamnya terdapat kurang daripada empat orang diwajibkan membayar ‘lesen’ untuk masuk ke pusat bandar. ‘‘Bagaimanapun, pada tahun 2000, skim itu telah dipermodenkan dengan menggunakan teknologi wireless dan touchless, iaitu kaedah mengutip tol tanpa bayar dengan meletakkan tiang-tiang di sekitar sempadan pusat bandar dan di atasnya terdapat alat untuk menolak nilai pada kad khas yang diletakkan pada kereta. ‘‘Melihatkan Singapura berjaya, London pula melaksanakan skim yang hampir sama iaitu London Cordon Pricing bagi mengenakan bayaran terhadap kereta yang memasuki kota itu,’’ katanya yang memperoleh Doktor Falsafah (Ph.D) dari University of Sheffield, United Kingdom. Berbeza pula di Kuala Lumpur, kata Abd. Rahim, sekatan yang dimaksudkan ialah tol-tol yang berada di sekeliling sempadan pusat bandar yang tujuannya untuk mengaut keuntungan bagi membiayai kos pembinaan sesuatu jalan dan bukannya menyekat kemasukan kenderaan.

‘‘Di Kuala Lumpur sendiri, sekiranya tiada sebarang langkah penyekatan, hanya mengharapkan tol-tol tersebut, maka jumlah trafik bandar pada tahun 2020 akan menjadi dua kali ganda daripada tahap trafik sekarang. “Oleh itu DBKL perlu mempunyai perancangan yang boleh menjayakan sekatan tersebut,” katanya.
Mengapa Singapura dan London berjaya? Mengulas mengenai kejayaan Singpura dan dan London melaksanakan kempen berkongsi kereta, Abd. Rahim mempunyai jawapan sendiri. Pertama katanya, di Singapura, Pihak Berkuasa Tanah dan Pengangkutan (Land and Transport Authority) diberi kuasa yang penuh untuk merancang bandar tanpa sebarang gangguan. Begitu juga dengan City of London di mana datuk bandarnya diberi kuasa untuk melaksanakan program yang telah dipersetujui dengan sepenuhnya. Sehubungan itu, DBKL juga harus diberi kuasa penuh bagi melaksanakan program dan perancangan bandar Kuala Lumpur. Kedua, kejayaan penggunaan teknologi terkini dalam memungut tol dalam bandar iaitu wireless dan touchless, selain penggunaan tiang yang mempunyai alat bagi menolak nilai dalam kad bagi setiap kenderaan yang melaluinya.

Ia tidak menggunakan Smartag atau Touch’n’Go kerana kedua-dua sistem tersebut sebenar telah ketinggalan agak kebelakang dan menyebabkan kesesakan kerana kenderaan perlu diperlahankan atau berhenti untuk menyentuh kad.
Menggalak kongsi keretaApa pun kata kata Abd. Rahim, pelbagai insentif boleh diberi bagi menggalakkan orang ramai berkongsi kereta. ‘‘Contohnya, memberi subsidi bayaran parkir kereta kepada pemilik yang sudi berkongsi kereta. Dana kerajaan yang diperuntukkan untuk pengangkutan awam sebahagiannya boleh digunakan membayar pemilik parkir. Ini akan menggalakkan lebih ramai yang ingin berkongsi kereta. ‘‘Begitu juga dengan membiayai PKK komuniti bagi memberi lebih ramai yang menyertai program ini dan mendapat padanan kongsi kereta yang sesuai. ‘‘Menaikkan kadar bayaran parkir yang tinggi bagi pemilik kereta persendirian, mungkin sekali masuk sehingga RM15 hingga RM20 dan bukannya setakat RM3 seperti sekarang,’’ jelasnya yang berharap kempen kongsi kereta berjaya dilaksanakan suatu hari nanti sekali gus menjadi jawapan kepada masalah kesesakan di Kuala Lumpur.

MENTALITI DALAM TINGKATKAN NILAI MODAL INSAN


Mentaliti dalam tingkatkan nilai modal insan
Oleh MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD


KERJA, mungkin itulah perkataan paling hangat meniti di bibir kebanyakan kita. Dalam keadaan ekonomi yang gawat, kita mula sedar betapa mempunyai satu pekerjaan tetap yang terjamin adalah sesuatu yang berharga.Keadaan sungguh berbeza semasa ekonomi rancak berkembang. Pada masa itu kita bercakap soal nilai rumah atau hartanah yang melambung, dan saham yang melonjak tinggi.
Bercakap soal kerja? Mungkin tidak kita pedulikan sangat. Fokus kita ialah pada pelaburan hartanah dan saham. Tumpuan kepada kerja merosot dan kita tidak acuh untuk meningkatkan nilai diri.Semasa ekonomi berkembang pesat, mentaliti kebanyakan kita adalah untuk memiliki seberapa banyak hartanah dan portfolio saham yang mungkin. Impian utama untuk bergantung dengan hasil sewa dan dividen yang diperolehi. Kita hendak 'bersara' awal kerana sewa dan dividen sudah cukup untuk kita bersenang-lenang di rumah dan tidak perlu bekerja lagi.

Tetapi, apabila krisis melanda, betapa kita sedar bahawa nilai kekayaan itu sebenarnya datang daripada diri kita sendiri, modal insan. Rupa-rupanya pendidikan dan latihan yang kita terima sebelum ini, perkara itulah yang sangat berharga semasa kegawatan ekonomi.Krisis ekonomi semasa menyaksikan betapa ramai yang jatuh miskin. Hartanah dan saham merudum teruk. Paling parah apabila ada harta yang terpaksa dilelong dan simpanan sudah kehabisan kerana habis dibelanjakan semasa zaman senang. Pada masa inilah ramai yang melihat kembali kepada nilai memiliki sebuah pekerjaan yang terjamin pendapatannya. Konsep modal insan (human capital) yang dipopularkan oleh pemegang anugerah Nobel EKonomi, Gary Becker, terbukti mempunyai nilai ekonomi yang tinggi berbanding dengan nilai hartanah atau saham. Baker menyifatkan bahawa dalam sebuah negara perindustrian, 75 hingga 80 peratus keupayaan ekonomi seseorang datang daripada modal insan yang dimilikinya. Malang, kerana ramai terlupa akan kepentingan modal insan semasa ekonomi berkembang.

Sebaliknya, ramai yang memikirkan untuk meningkatkan nilai modal insan diri semasa ekonomi gawat. Buktinya, peratusan yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana adalah lebih tinggi semasa ekonomi dilanda krisis berbanding semasa ekonomi mantap. Kita mulai sedar betapa kita ingin menjadi seorang pekerja terbaik yang boleh memberikan nilai tambah yang tinggi kepada syarikat. Kita berharap untuk mempunyai kelulusan atau kemahiran yang tinggi. Malangnya, tatkala ekonomi menguncup, pekerjaan begitu sukar dicari dan yang ada pun belum pasti.

ISU PPSMI : BAHASA MELAYU TETAP UNGGUL


TUNJUK perasaan jalanan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) minggu lalu telah memaksa saya menyelami perjuangan mengenai isu ini. Memang benar, sekalipun Matematik dan Sains adalah dua mata pelajaran sahaja tetapi kedua-dua mata pelajaran itu adalah asas kepada pelbagai pecahan ijazah serta sijil profesional seperti kejuruteraan, perubatan, arkitektur dan sebagainya. Apa yang ditakuti adalah apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa ilmu ketamadunan Melayu dunia. Namun demikian, ramai juga rakyat merasakan niat murni kerajaan dalam PPSMI patut diteruskan dalam membentuk serta menyiapkan bangsa yang mempunyai tahap survival tinggi demi memudahkan ia bersaing di pentas dunia.
Bagi saya ini adalah dua cadangan yang perlu dipertimbangkan sebijak mungkin kerana PPSMI adalah suatu saranan yang bernatijahkan kebaikan namun ditentang sebilangan rakyat Malaysia.

Jika kita kaji usaha pembangunan e-book digital dunia di peringkat akhir yang diusahakan syarikat Amazon.Com, kita akan dapati buku berbentuk digital bakal mengambil alih percetakan buku masa hadapan. Struktur percetakan buku di peringkat global juga menunjukkan martabat golongan penterjemah bahasa diangkat menjadi golongan terpenting yang memegang amanah utama untuk membawa generasi masa hadapan memenuhi ilmu di luar jangkauan. Oleh demikian, persoalan mengenai sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia sudah pun terjawab sebenarnya! Kedua-duanya masih relevan selagi golongan penterjemah bahasa Melayu dan Inggeris terus wujud, masih belum malas, masih boleh menaip dan masih boleh dipertanggungjawabkan. Yang kesalnya, tindakan tunjuk perasaan jalanan dirasakan agak keterlaluan sedangkan semua tahu bahawa keputusan kajian mengenai isu PPSMI sedang dirumuskan oleh pihak kerajaan. Untuk menyedapkan hati, biarlah saya yakin ia didalangi pihak pembangkang.

KRISIS EKONOMI PALING DAHSYAT SEJAK PERANG DUNIA KEDUA


Pada hari Jumaat lalu, Indeks Komposit Bursa Malaysia (KLCI) terus menjunam di bawah 850 mata, suatu tahap yang amat rendah sejak tahun 2006. Sekalipun saya masih tidak setuju dengan kebanyakan rakyat meletakkan KLCI sebagai indeks kedudukan ekonomi Malaysia, namun indeks ekonomi lain seperti peratus pertumbuhan ekonomi, KDNK, indeks pengguna dan pelaburan asing langsung (FDI), juga rata-rata menunjukkan ekonomi Malaysia sudah berada di tahap zon kritikal. Ini terbukti setelah Datuk Seri Najib mengisytiharkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Malaysia, disusuli pula dengan tindakan Perdana Menteri Jepun minggu lalu yang mengeluarkan arahan untuk menyiapkan Pakej Rangsangan Ekonomi Jepun Ketiga. Senario ekonomi kini diistilahkan Jepun sebagai ‘krisis ekonomi paling genting selepas Perang Dunia Kedua’. Kenaikan harga minyak saranan Iran melalui OPEC sememangnya berjaya membuat rejim Amerika-NATO terkedu terhadap cadangan tindakan untuk menyerang Iran; negara yang dituduh Bush memiliki senjata pemusnah nuklear. Sekalipun cadangan Iran itu adalah untuk sementara, namun kesannya berjaya menghancurkan empayar ekonomi kapitalis anjuran Amerika-Yahudi bukan sahaja di Amerika tetapi juga menarik jatuh sama blok-blok ekonomi lain. Ini kerana sistem ekonomi kapitalis termasuk sistem perdagangan bebas WTO/AFTA sudah berakar umbi di serata dunia.

Ternyata dakwaan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap penyangak matawang Soros sekitar 1997-1998 membuatkan saya begitu yakin bahawa sistem kapitalis akan musnah seperti sistem ekonomi sosialisme dan komunisme. Membuat keuntungan daripada sistem tukaran asing melalui ‘spekulasi serta ramalan’ adalah haram. Konsep sistem kewangan Islam yang bersandarkan aset secara realitinya adalah hakiki dan kini dibuktikan kebal daripada mana-mana krisis ekonomi. Buka-bukalah mata, sekalipun kita berdiri megah sebagai pusat kecemerlangan sistem kewangan Islam dunia, Malaysia masih lagi belum terlepas daripada krisis ekonomi kerana kebanyakan sistem ekonomi kita dipengaruhi kuat oleh ‘spekulasi serta ramalan’ terutamanya dalam jual-beli saham dan komoditi, kadar penetapan pembiayaan kewangan dan harga bon-bon terbitan, kelulusan pembiayaan perbankan dan keputusan untuk menentukan harga minyak. Selagi sistem ekonomi Malaysia tidak bersandarkan pada realiti dan kewujudan sebenar, selagi itulah kita tidak akan merdeka dan sentiasa terjerumus bersama setiap kali berlakunya krisis ekonomi dunia.
Secara ringkasnya, banyak lagi perlu kita lakukan untuk menghadapi krisis ekonomi dunia, tetapi sebaliknya kita masih lagi khayal berseronok melayan kerenah politik negara. Krisis ekonomi paling dahsyat selepas Perang Dunia Kedua sudah pun tiba dan tidak lagi dapat kita elakkan bak kata pepatah Melayu, ‘membujur lalu melintang patah’.


FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan
Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

ROBOR JADI MODEL FESYEN


TOKYO 16 Mac - Satu robot yang boleh berjalan dan bercakap ciptaan Jepun yang menyerupai wanita dengan berat 43 kilogram bakal membuat kemunculan pertama dalam pertunjukan fesyen tidak lama lagi. Namun masih belum dipastikan sama ada robot itu telah mencapai standard keselamatan untuk berkongsi pentas peragaan dengan model-model manusia.Kumpulan yang bertanggungjawab membangunkan robot tersebut di Institut Kebangsaan Teknologi dan Kemajuan Sains Industri berkata, 'manusia sibernetik' yang diperkenalkan itu, bagaimanapun masih belum bersedia menjalankan tugas harian bersama-sama manusia seperti yang diprogramkan pada masa depan.''Secara teknologinya, ia masih belum mencapai standard itu. ''Walaupun sebagai model dalam pertunjukan fesyen, penggiat dalam industri itu berpendapat robot itu terlalu pendek selain mempunyai bentuk badan yang kurang sesuai,'' kata Hirohisa Hirukawa, seorang daripada individu yang bertanggungjawab membangunkannya.

Robot yang dinamakan HRP-4C itu, dengan ketinggian 158 sentimeter dibina khas untuk industri hiburan dan bagi menarik perhatian orang ramai. Ia pada mulanya dibina dengan berat 58 kilogram.Perekanya berkata, ia mungkin akan digunakan di taman-taman tema, acara bagi menarik perhatian dan simulasi pergerakan manusia termasuk sebagai pengajar senaman.HRP-4C direka menyerupai kebanyakan wanita Jepun walaupun badannya yang berwarna perak kehitaman membuatkannya kelihatan seperti memakai baju angkasa lepas.
Ia bakal ditampilkan di pertunjukan fesyen Tokyo minggu depan tanpa sebarang pakaian dan akan ditempatkan di bahagian yang dikhaskan untuk robot. Saintis berkata, rangka HRP-4C tanpa wajahnya akan dijual pada harga 20 juta yen (RM700,000) setiap satu, dan teknologi programnya akan dipaparkan kepada umum supaya orang ramai boleh memprogram robot tersebut mengikut cita rasa mereka. Sementara itu, Shuuji Kajita yang mengetuai kumpulan penyelidik di institut berkata, cabaran terbesar dalam pembuatan robot itu ialah mereka bentuk bahagian kakinya supaya kelihatan seperti kaki wanita. - AP

KEMELESETAN EKONOMI DI RAMAL SEPANJANG TAHUN 2009

WASHINGTON 16 Mac - Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Ben Bernanke berkata, kemelesetan ekonomi AS akan berterusan sepanjang tahun ini dan risiko terbesar adalah keazaman politik untuk memperbaiki sistem kewangan yang kini tidak mencukupi.Bernanke berkata demikian dalam temuramah program '60 Minutes' di saluran CBS ketika ditanya sama ada kemelesetan ekonomi akan tamat tahun ini atau tidak."Penurunan (ekonomi) akan mula menjadi sederhana sebelum mula pulih. Kita tidak akan kembali kepada guna tenaga yang penuh namun saya harap masalah ekonomi yang berlaku sejak beberapa suku tahun kewangan sebelum ini akan berakhir," kata beliau lagi.Bernanker pada Januari lalu, memberitahu Kongres bahawa pihaknya percaya wujud prospek untuk menamatkan kemelesetan pada tahun ini setelah ia mula dirasakan pada Disember 2007, dengan 2010 akan menjadi tahun pemulihan.Dalam temuramah tersebut, beliau masih mempunyai pandangan yang sama walaupun mengatakan perkembangan terbaru tidaklah begitu menggalakkan.

"Kita akan melihat masalah ekonomi berakhir kemungkinan pada hujung tahun ini. Pemulihan ekonomi juga akan berlaku bermula tahun depan," tambah Bernanke.Usaha kerajaan AS untuk menangani krisis yang berlaku telah mendapat kritikan ketika pasaran saham merudum dan kadar pengangguran melonjak walaupun pihak berkuasa telah banyak kali campur tangan dengan memberikan suntikan dana kepada syarikat seperti American International Group (AIG).Sistem kewangan juga kekal rapuh walaupun selepas Kongres meluluskan pelan rangsangan AS$700 bilion (RM2.58 trilion) kepada sistem perbankan pada Oktober lalu dan Presiden Barack Obama menyatakan lebih banyak wang diperlukan untuk memulihkan bank-bank yang berdepan dengan hutang."Risiko terbesar ialah kita tidak mempunyai keazaman politik. Kita tidak mempunyai komitmen untuk menyelesaikan masalah ini dan kita membiarkan ia berterusan," ujarnya lagi.Data ekonomi terbaru menunjukkan keadaan ekonomi yang semakin buruk. Kadar pengangguran di AS berada pada aras tertinggi sejak 25 tahun lalu dengan 651,000 pekerja diberhentikan pada bulan lalu sekali gus menjadikan jumlah penganggur kepada 4.4 juta orang. - Reuters

MENGUASAI PTK SECARA EKSPRESS

25 FAKTA PENTING

Kurikulum kebangsaan bagi sekolah rendah seluruh negara digubalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dlm Falsafah Pendidikan Negara, aspek yg disepadukan melalui mata-mata pelajaran ialah ilmu, kemahiran, nilai murni, & bahasa.

Antara yg berikut, pekeliling manakah yg berkaitan dgn Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam? Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 3/1991.

Pendidikan di kalangan kanak2 di Malaysia wajib bermula apabila kanak2 itu berumur 7 tahun.

Membuat pemeriksaan terhadap pengurusan sesebuah sekolah. Memberikan khidmat nasihat tentang pengajaran dan pembelajaran kpd guru-guru di sekolah. Pernyataan2 di atas adalah tentang tugas pegawai di Jemaah Nazir Sekolah.

Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dlm bidang pendidikan, industri, dan pengurusan penyelidikan. Pernyataan di atas ialah keutamaan yg terkandung dlm dasar Sains dan Teknologi.

KBSM mula dilaksanakan pada 1988.

Pernyataan yg berikut adalah benar tentang Falsafah Pendidikan Negara kecuali menekankan penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran secara seimbang.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 7/1991 - Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam adalah berkaitan dgn cara-cara meningkatkan produktiviti.

Sistem pendidikan P-12 diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan sewaktu Menteri Pendidikannya ialah Tan Sri Musa Mohamad.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983.

Badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Lembaga Akreditasi Negara.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan sebelum Falsafah Pendidikan Negara disuratkan.

cuti yg manakah tidak diberikan kepada guru-guru? Cuti rehat.

matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah Menghasilkan insan yg seimbang & harmonis berdasarkan kepercayaan & kepatuhan kpd Tuhan.

Janji dan kesediaan jabatan utk memberikan perkhidmatan mengikut standard kualiti yg ditetapkan. Iltizam ini akan memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap prestasi jabatan ini. Pernyataan di atas menepati Piagam Pelanggan jabatan.

Bentuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) memberikan penekanan terhadap kemahiran asas 3M, interaksi manusia dgn alam sekelilingnya, & perkembangan diri individu.

Dari abad ke-15 hingga abad ke-17, aliran pendidikan yg dominan di kalangan orang Melayu di Tanah Melayu ialah aliran pendidikan keagamaan.

Mesyuarat Pagi digalakkan oleh kerajaan supaya diadakan di kalangan jabatan2 kerajaan setempat sebanyak berapa kali seminggu? 1 kali.

Seorang guru didapti menggunaan alat tulis, iaitu pen, utk mendail telefon pejabat kerana lagaknya yg 'bossy'. Sikap sedemikian menunjukkan guru itu seorang yg gemar merosakkan harta kerajaan.

Apa bidang tugas yg terletak di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia? Pengurusan Pusat Kokurikulum Negeri.

Buku Tonggak Dua Belas ialah buku yg menjelaskan 12 peringatan perkhidmatan yg penting drp Ketua Setiausaha Negara.

Kursus kepemimpinan & pengurusan sekolah bagi golongan pengurusan sekolah dikendalikan oleh Institut Aminudin Baki.

Apakah perkhidmatan yg diberikan secara percuma kpd seseorang pegawai kerajaan & keluarganya? Ubat dan rawatan.

Bahagian Pendidikan Islam & Moral tidak terletak dibawah Jabatan Sekolah.

SENYUMAN


1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. 15.Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

KAYA HATI KAYA YANG HAKIKI


Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang-berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya.Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji atau dikeji, dimuliakan atau dihi na, sama sahaja baginya. Dia tidak merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya.Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya,. Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja. Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang perlu dipikul. Dia takut kalau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya. Harta dan dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan.Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya. Orang yang kaya hati tidak merasa "inferiority complex" atau hina diri de ngan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya. Dia memandang semua manusia semuanya setaraf sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia.Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanjakannya. Fakir miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan orang yang berhutang diselesaikan hutangnya. Dia menjadi 'bank' kepada masyarakat.Benarlah bahawa kaya dan miskin itu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu tidak mahu dan tidak memerlukan apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu. Allah itu disebut Maha Kaya. Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha Kaya dari memerlukan sesuatu.Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.

SIAPA CERDIK?


Ramai orang tidak adil dalam mentakrifkan ungkapan “cerdik”. Manusia sering mentakrifkan cerdik sebagai pandai dalam akademik.Apabila seseorang itu mendapat kecemerlangan dalam akademik,orang itu dikatakan cerdik manakala orang yang gagal pula dikatakan bodoh.Apakah seorang professor yang tidak solat itu dikatakan cerdik?Adakah seorang petani atau nelayan yang tidak pernah tinggal solat dikatakan bodoh? Dari sudut lain, seorang professor belum tentu dapat buat kerja-kerja para nelayan dengan sebaiknya sebagaimana nelayan itu sendiri. Kenapa Rasulullah dikatakan bijaksana(fatonah) sedangkan baginda tidak tahu membaca dan menulis(ummi)? Sudah tentulah bijaksana bukan terletak pada akademik.Rasulullah dikatakan bijaksana apabila pandai memimpin dirinya dengan bertaqwa kepada Allah, pandai menjaga serta mendidik isteri,anak dan umatnya untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhrat. Mari lihat pula, apa makna cerdik dalam konsep Islam. Nabi muhammad s.a.w pernah bersabda: ”Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati”. Mengapa pula orang yang banyak mengingati mati dikatakan cerdik? Ini berdasarkan keadaan dimana orang yang banyak mengingati mati sudah tentu takut untuk menghadapinya tanpa bekalan yang mengcukupi.Justeru itu orang yang banyak mengingati mati akan sentiasa terdorong untuk beramal dan membuat kebaikan malah takut untuk membuat dosa dan maksiat.Orang sebegini sudah tentu diberikan syurga oleh Allah ta’ala.Inilah orang cerdik kerana dia tahu prioriti dalam kehidupan.Justeru itu, seorang nelayan yang tidak pernah tinggal solat sudah tentu lebih cerdik berbanding seorang professor yang tidak solat.Inilah hakikat yang mesti diakui oleh semua sama ada nelayan,guru,professor mahupun pelajar. Alangkah indahnya seorang nelayan, petani, guru, professor mahupun pelajar yang terdiri daripada orang yang banyak mengingati mati.Sudah tentu merekalah yang berhak mendapat gelaran ”CERDIK”...!

BERHENTI MENJADI GELAS


Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalunampak moody."Kenapa kau selalu moody, nak? Bukankah banyak hal yang best best dan indah di dunia ni? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya. "Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Berat bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang murid muda.Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat.Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta."Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru. "Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit."Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini merengis kerana minum masin."Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru."Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih merengis.Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya ."Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka."Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya."Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya.Danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya."Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?" "Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas."Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu.Jumlahnya tetap, man man saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."Si murid terdiam, mendengarkan."Tapi Nak, rasa masin dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak,supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau."

Sunday, March 15, 2009

BERSAHABAT


Berpesan al-qomah kepada puteranya:Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan kamu perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman2 yang memiliki sifat2 berikut :

Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu, maka temanmu itu akan segera mengusahakannya.

Jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberi pendapatnya.

Jika bercakap2 dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata2mu.

Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka ia akan menutupinya.

Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia akan mengingati dan menghargainya malah membalasnya kembali.

Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik tali persahabatan itu.

Jika temanmu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.

Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi memelihara persahabatanmu itu.

CANTIK ITU PENTING TETAPI USAH TERLALU DIPENTINGKAN


Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia??Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

SAUDARIKU


Saudariku
Dengarlah kisahku
Tentang sekuntum melati
Yang tumbuh di taman sunyi


Sederhana
Mampu tebarkan wangi
Warnai taman
Hingga tak sepi


Saudariku
Dengarlah kisahku
Tentang sekuntum melati
Yang tumbuh di taman sunyi


Bersahaja
Pancarkan jati diri
Warnai hariHingga berseri
Melati bunga putih
Putih perlambang suci
Suci pelita hati
Hati misykat diri


Saudariku
Didiklah jiwamu
Seperti kuntum melati
Yang tahu makna hakiki
Yang tak lupa arti hayati
Hingga senantiasa harum mewangi

SURAT CINTA UNTUK JIWA


Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yangkerap kali terisi oleh cinta selaindariNya, yang mudah sekali terlenaoleh indahnya dunia, yang terkadangmelakukan segalanya bukan keranaNya,lalu di ruang hatinyayang kelam merasa senang jika dilihatdan dipuji orang, entah di manakeikhlasannya. Maka saat merasakankekecewaan dan kelelahan keranaperkara yang dilakukan tidaksepenuhnya berlandaskan keikhlasan,padahal Allah tidak pernah menanyakanhasil. Dia akan melihat kesungguhandalam berproses.


Surat ini kutujukan pula untuk jiwakuserta jiwa sahabat-sahabat tercintakuyang mulai lelah menapaki jalanNyaketika seringkali mengeluh, merasadibebani bahkan terpaksa untukmenjalankan tugas yang sangat mulia.Padahal tiada kesakitan, kelelahanserta kepayahan yang dirasakan olehseorang hamba melainkan Allah akanmengampuni dosa-dosanya.


Surat ini kutujukan untuk ruh-ku danruh sahabat-sahabat tercintaku yangmulai terkikis oleh dunia yang menipu,serta membiarkan fitrahnya tertutupoleh maksiat yang dinikmati, lalu dimanakah kejujuran diletakkan? Dan kiniterabailah sudah nurani yang bersih,saat ibadah hanyalah sebagai rutinbelaka, saat jasmani dan fikirandisibukkan oleh dunia, saat wajahmenampakkan kebahagiaan yang penuhkepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimumenangis dan meranakah?


Surat ini kutujukan untuk diriku dandiri sahabat-sahabat tercintaku yangsombong, yang terkadang bangga padadirinya sendiri. Sungguh tiada satupunyang membuat kita lebih di hadapanNyaselain ketakwaan. Padahal kitamenyedari bahawa tiap-tiap jiwa akanmerasakan mati, namun kita masihbergulat terus dengan kefanaan.


Surat ini kutujukan untuk hatiku danhati sahabat-sahabat tercintaku yangmulai mati, saat tiada getar ketikaasma Allah disebut, saat tiada sesalketika kebaikan berlalu begitu sahaja,saat tiada rasa takut padaNya ketikamaksiat dilakukan, dan tiada merasaberdosa ketika menzalimi diri sendiridan orang lain.


Akhirnya surat ini kutujukan untukjiwa yang masih memiliki cahayameskipun sedikit, jangan biarkancahaya itu padam. Maka terus kumpulkancahaya itu hingga ia dapat menerangiwajah-wajah di sekeliling, memberikankeindahan Islam yang sesungguhnyahanya dengan kekuatan dariNya "Ya..Allah yang maha membolak-balikkanhati, tetapkan hati ini pada agamaMU,pada taat kepadaMu dan dakwah di